PERUTUSAN PENGERUSI SURAU AR-RAHMAN, BANDAR PUCHONG JAYA (2012-2013)
Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t dengan
petunjuk dan hidayah-Nya, Surau Ar-Rahman, Bandar Puchong Jaya telah berjaya
membangunkan sebuah laman web.
Saya mengucapkan selamat datang ke laman web Surau Ar-Rahman,
Bandar Puchong Jaya. Laman web ini dibangunkan untuk memudahkan masyarakat umum
muslimin muslimat dan ahli qariah Bandar Puchong Jaya khususnya dapat melihat
program-program yang dilaksanakan oleh Surau Ar-Rahman dan aktiviti-aktiviti
yang terlibat di sekitar surau Ar-Rahman.
Arus teknologi maklumat kian canggih membentuk satu generasi
berteknologi tinggi dengan pengetahuan di hujung jari. Sejajar dengan
pembangunan ICT, pihak Surau Ar-Rahman juga tidak ketinggalan menyahut
perkembangan teknologi terkini dengan membangunkan laman web ini sebagai salah
satu cara dalam berdakwah.
Semoga dengan adanya laman web ini, kita semua akan maju
selangkah lagi kehadapan dengan sebaik yang mungkin bagi tujuan membina
masyarakat yang berdaya maju, melaksanakan Amar
Ma’ruf , Nahi Munkar dan saling
ingat mengingati antara satu sama lain.
Saya mengalu-alukan pandangan dan ulasan yang boleh membantu memantapkan
lagi laman web ini. Saya juga mengalu-alukan ahli qariah dan masyarakat
setempat untuk sama-sama menggunakan laman web ini bagi merencana dan
menghebahkan aktiviti atau program yang ingin dianjurkan melalui laman web ini.
Semoga dengan itu, laman web Surau Ar-Rahman, Bandar Puchong
Jaya dapat dijadikan wadah ICT penghubung antara masyarakat setempat and wacana
ilmu pembangun ummah.
Saya mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada
warga kerja qariah Surau Ar-Rahman atas inisiatif yang diambil untuk
bekerjasama membangunkan laman web ini.
Selamat melayari laman web.
Sekian. Terima Kasih.
Pengerusi Surau Ar-Rahman,
SYED AHMAD KAMAL BIN
SYED NOORDIN
No comments:
Post a Comment